Pengenalan kepada Internet dan Emel

6 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 05 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas pengenalan kepada internet dan emel bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kelas ini diadakan dengan kolaborasi bersama pihak Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED). Kelas ini telah disertai oleh 14 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 60 tahun.

Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk mengajar para usahawan yang baru memulakan perniagaan untuk tahu kepentingan internet dan emel. Dengan adanya internet, para usahawan dapat mempromosikan produk mereka di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Segala jual beli dapat dilakukan menggunakan internet sekiranya para usahawan mempunyai emel yang sah untuk tujuan berniaga dan sebagainya. Mereka dapat mencipta akaun Facebook dan Emel melalui emel yang sah dan pembeli dapat menghubungi mereka melalui internet atau media sosial yang mereka gunakan.

Antara kebaikan yang diperoleh dari kelas ini ialah peserta mengetahui cara untuk mempromosikan produk mereka menggunakan internet. Mereka juga boleh berniaga di rumah tanpa mempunyai atau menyewa kedai. Para usahawan juga turut menjadi celik IT kerana tahu menggunakan internet dan teknologi dalam urusan perniagaan mereka. Di samping itu, para usahawan menjadi lebih kreatif untuk menarik pembeli membeli produk mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali